• <embed src="http://www.singingbox.com/singingbox.swf?user=,z3,jhc,g,vzbm,fze,wlk" salign="lt" quality="high"
    width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">

Beberapa Peringatan 5 – Apabila umatku telah membuat 15 perkara

Oleh : Hizamri Johari

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.):

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1 – Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. ( kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, )

2 – Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan. ( Nak kaya masuklah politik )

3 – Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman). ( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. )

4 – Suami taat pada isteri. ( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. )

5 – Anak mendurhakai ibunya.

6 – (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7 – (dan) menjauhkan diri dari bapanya. ( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja )

8 – Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.

9 – Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. (http://www.geocitie s.com/surprising 2008/seks. htm )

10 – Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. ( polis, sb, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. )

11 – Arak diminum di merata-rata tempat. ( siap buat pertandingan minum arak lagi.. )

12 – Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13 – Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato’ Shah Rukh Khan.. )

14 – Banyak muzik dimainkan. ( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll – dalam masiid je yang belum lagi )

15 – Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. ( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. )

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.